Zaman dah Moden..namun ada yang msh belum berubah!

Mood aku tak berapa baik hari nie. Entah la.. dalam dunia nie, macam-macam jenis manusia ada. Ada yang suka jaga tepi kain orang, ada yang langsung tak amik tau.. tapi yg paling aku tak tahan, manusia yang rasa dirinya serba tau... Dah la tak tau cerita sebenar, pastu takde kaitan dengan hidup dia atau family dia..tapi tiba2 nak marah tak tentu pasal.. jatuhkan air muka orang lain.. padahal orang tu tak pernah buat salah kat dia pun.. dia pun tak kenal sangat orang tu, tapi senang2 jer ikut sedap mulut nak mengata. Geram betul aku orang macam nie. Bz body dan macam bagus je. Lain la kalau yg kena tu adik beradik dia ke, apa ke.. leh gak terima..tapi dia tu bukan sesiapa pun. Hanya melukut di tepi gantang.. eh.. betul ke peribahasa aku guna.. cam salah jer...hehehe... Maksud aku, dia tu hanya nak jatuhkan air muka.. da la tak minta kepastian dulu dari pihak yang terlibat, tibe2 tau nak smash orang depan orang lain, menjatuhkan air muka orang. Sampai akhirat aku tak maafkan orang macam nie. Orang yang masih bawak citer2 yang tak benar pun aku takkan maafkan. Dah lama aku mendiamkan diri. Tak pernah tampil untuk membela diri sebab aku ingat golongan yang terpelajar nie takkan berpikiran seperti ini. Terkejut aku, tak profesional langsung...

Tapi aku seperti biasa, hanya mendiamkan diri.. dan beristigfar di dalam hati semoga tuhan kuatkan hati aku, tingkatkan kesabaran dan juga tabah hadapi semua nie. Aku tau dan mengaku memang ada jgk kesalahan aku di situ, tetapi aku nie diibaratkan seperti..budak sekolah yg kantoi merokok...tapi dituduh jgk terjebak dengan dadah dan tanpa usul periksa, semua orang sekeliling menggelarkannya sebagai penagih walaupun takde apa2 bukti kesahihan yang budak tu terjebak dengan dadah. Erm..lbh kurang mcm tu la kisah aku. Apa salahnya bertanyakan kesahihannyer dahulu pada budak tu. Lagi bukti pn tak menunjukkan budak tu adalah penagih, tapi tetap dikutuk sebgai budak jahat padahal ramai lagi orang dewasa yg merokok..tak pula dikatakan jahat?.. Kalau aku, selagi takde bukti yang sah mengatakan budak tu amik dadah..aku takkan mengata.. n kalau ada bukti pun dia bersalah, aku mungkin akan marah jer.. apa hak aku menghina dan mengata dia..lagipun apa dia da buat kat aku??... lain la kalau budak tu adik aku, sedara aku... memang aku marah abis2...sebab aku kenal budak tu... nie, apa pun tak tahu..hanya dengar citer orang..tibe2 dapat hak nak jatuhkan airmuka orang..mengata sana..mengata sini...Kalau sembahyang tunggang terbalik tapi hati tetap hitam macam tu, rentikan jer la. Maksud aku bukan berenti semayang, tp rentikan la buat perbuatan yang sia2 nie.Selalunya orang2 mcm nie, akan dapat balasan jgk satu hari nanti..Dok mengata orang, buka keaiban orang lain, tup2 kena pada diri sendiri... ingat la..doa2 orang teraniaya nie cepat dimakbulkan tuhan.

Pada yang berkenaan dan yang berperangai sedemikian, rentikan la. Hormatilah sesama sendiri. Korang pun tak suka kalau dimalukan kan??... Lagi pun apa hak kita sebagai manusia untuk menghukum sesama sendiri. Hanya akan menambahkan dosa free je. Memang kadang2 kita marah bila mendengar sesuatu yang tak patut berlaku, tapi... cara dan penerimaan kita kena la betul. Kalau hukuman terletak di tangan kita.. agaknya, salah sikit, bunuh..salah sikit tembak... memang tu pun yg jadi dalam masyarakat kita sekarang ni. Tiap2 hari jumpa mayat. Mungkin benar mayat yang dijumpai tu ada wat salah ke apa... tapi, yang bunuh dia tu..patut ker??.. dapat pahala ke buat macam tu?...erm.. tak tau la kalau diaorang rasa leh top up pahala dengan cara macam tu. Wallahualam. Pendidikan dah tinggi, Lu PIKIRLAH sendiri.

Aku menulis tentang nie hari nie sebab aku dah tak tahan dengan sikap segelintir masyarakat kita yang masih tidak berubah2 pemikirannya walaupun zaman dah berubah. Masih terlbih emosional dari rasional. Kalau kita nak tau orang tu matang/bijak ataupun tidak... kita tengok cara dia menangani sesuatu isu.masalah tu. Kadang2 nampak cam bijak, top student, tapi..bila bertindak... cam hampeh.. Semua orang ada otak..tapi tak semua yang berakal!!!..

Apa yang aku tulis nie bukan hanya kerana aku mangsa keadaan seperti yang aku ceritakan, tapi aku nak luahkan ketidakpuasan hati aku tentang sikap sesetengah orang yang bertindak hanya dengan mendengar kata orang. Mulut manusia, nie bukan leh tutup.. cam kes budak td tu.. kesalahan sebenar merokok.. tapi tersebar satu kg dia tu penagih jgk.. ada yg nak tambah perisa, dia tu peragut..sebab nak duit beli dadah... padahal budak tu tak buat pun...mulut orang la katakan. Jadi sebelum kita bertindak, nilai dulu kesahihannya dan jgk... pk jgk tentang hak kita untuk bertindak...duk mengata keluarga orang...tup..tup keluarga sendiri jadi macam tu..Erm, entahla.. pandai2 la pk sendiri. Dah besar da...

K la.. aku takder apa nak tulis da.. aku cuma nak menyatakan disini..aku betul2 kecewa dan terkilan dengan keadaan ini. Sekian Wassalam.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ketenangan datang menyapa...

Tersentak ku sejenak....