Ketenangan datang menyapa...

Fuh, lega aku rasa bila dah siapkan kertas peperiksaan untuk anak-anak murid aku. Baru la rasa aman sikit and tenang sket fikiran nie. Kalau tidak.. sampai termimpi-mimpi beb...!!... aku tak tipu...bangun pagi tadi... tanpa basuh muka, aku trus cari handbag aku sebab dalam handbag aku tu ada thumbdrive.. pelik mak ngan ayah aku tengok aku bawak handbag tapi pakai baju tido..mungkin diaorang ingat aku ngigau sambil berjalan kot...huhuhu...tapi aku sedar...aku tak bermimpi masa tu... aku trus turun bawah cari beg laptop aku and amik printer 3 in one aku dalam keter untuk truskan kerja2 wat kertas soklan nie... dan akhirnya, berkat kesabaran aku.. alhamdulillah..dah siap da papernyer...tinggal nak print kat sekolah jer nanti...

K la...enuff bout my job... skrang aku nak bercerita tentang macam-macam yang terjadi di sekeliling aku lately... bukan pasal aku..tapi pasal kawan2 aku.. lebih tepat lagi mereka nie kawan-kawan yang rapat dengan aku...

cerita pertama :

Last week, kat sekolah kawan aku nie...(dia pun cikgu jugak).. terjadi la sesuatu kejadian yang amatlah tak kusangka-sangka. Bila aku dengar jer cerita kawan aku nie... menyirap darah kotor aku nie hah...rasa cam nak g je sekolah tu nak main guli...huhuhu...eh bukan...bukan main guli...nak g sekolah tu nak membela nasib kawan aku nie... berani dia wat kawan aku cam tu...kalau aku dapat, aku geletek2 cikgu laki tu sampai dia takleh bernafas....padan muka dia...

Alkisahnya...

kisah pertama

Kawan aku ni perempuan.. dia nampak la cikgu lelaki nie pukul anak murid dia. Kalau setakat sikit2 tu takpe la kan... nie samapi berdarah-darah budak dikerjakannya, tak patut la.. Kawan aku yang ngah panik ni bile tengok anak murid dia dipukul sedemikian rupa pun tegur la cikgu lelaki yang da hilang akal tu... ingatkan cikgu laki tu nak stop.. rupanya..dari ngah syok dia pukul budak tu, dia nak beralih tangan plak kat kawan aku... Cis, menyirap betul aku dengar...pantang betul aku lelaki yang ske naik tangan kat perempuan nie... eei... kalau aku ada... lantak la nak jadi apa.. aku lawan balik... Tapi kawan aku nie jenis perempuan wanita melayu terakhir...tapi aku tetap salute dia...at least dia berani gak tegur cikgu tu...sebabnyer..menurut kata kawan aku nie...cikgu laki nie orang kuat guru besar kat sekolah tu...selama nie apa jer yang dia buat tak siapa berani tegur...tu yang di naik hantu bila kawan aku yg ayu tu tegur dia....k sambung balik citer tadi... masa dia menyerang kawan aku nie... seb baik cikgu2 yg lain nampak n selamatkan kawan aku... diaorang bawak kawan aku nie kat library... tapi dalam cikgu2 tu tahan2...sempat jugak la cikgu lelaki tadi tu baling pembaris yang patah tu kat kawan aku nie. seb baik tak kena n tak jadi apa2...kalau tidak tragedi la plak...
So, bila aku dengar citer kawan aku nie, aku suruh la kawan aku report polis... tapi kawan aku cakap nak tunggu sampai hari Selasa nie, kalau cikgu tu wat hal lagi baru nak report polis. Aduhai... kalau la aku... aku balik jer dari kejadian tu, aku trus report polis...tak kira.. cam samseng jalanan..dia ingat negara takde undang2 ker??... berani sangat..tapi dgn perempuan. Eiii....geram betul aku la...kawan aku tetap nak tunggu hari Selasa jgk... camner.. da keputusan dia...takkan aku plak yg nak wat kan polis report untuk dia...over la plak kan??? Tapi sebagai kawan, aku memang betul2 risau la... orang2 skrg nie mcm2... tapi aku kesal la..kenapa ada cikgu yang macam tu. Walaupun jumlahnya sedikit, tapi cikgu-cikgu macam nie la yang menghalang usaha kerajaan untuk memartabatkan profession perguruan seperti yang dinyatakan dalam PIPP... Kerana nila setitik...rosak susu sebelanga!... Kenapa la sampai kena pukul anak murid tu sampai berdarah?... nama pun budak2...memang perlu dididik...kalau keganasan la cara yang dipakai untuk mendidik...jadi keganasan jugaklah yang akan digunakan oleh anak murid itu untuk menyelesaikan masalahnye apabila dewasa kelak. Contoh melalui teladan lebih baik dari memberi seribu nasihat yang adakalnya kita akan dianggap asik membebel. Jadi, tanpa kata2 pun kita masih boleh tunjukkan contoh yang baik supaya anak-anak ini lebih menghormati dan mengkagumi guru-guru mereka. Aku harap kawan aku nie selamat la hendaknya. Amin...

Kisah Kedua

Cerita nie mengenai kawan aku yang tak disangka2 telah melibatkan diri dengan 'pil mabuk' nie. Dia nie dah la kakitangan kerajaan... aku agak terkejut sebenarnya sebab bagi aku dia terlibat dalam 'pil mabuk' nie pada usianya yang aku rasakan sudah matang dan dah boleh membezakan antara perkara yang baik dan buruk. Tapi rupa-rupanya peningkatan usia tidak menjamin seseorang itu matang dari segi pemikirannya. Kawan ini agak rapat dengan aku. Kami pernah berjanji akan jadi kawan sampai bila-bila no matter what happen. Tapi aku sedih la dia buat perkara-perkara macam nie. Aku tak tahu apa sebab sebenarnya dia boleh jadi macam nie. Nak kata dia frust dengan awek dia..tak jugak.. dia kata dia dah nak kawin da dengan awek dia tu. So, kenapalah kena amik pil tu. Ada satu malam tiba2 aku dapat msg dari dia... dia kata dia takut...aku tanya la, nape plak tibe2 takut?... rupa2nya dia amik lagi pil tu... eii, geramnya aku!!...tapi malam tu dia dah janji dengan aku yang itu kali terakhir dia amik pil tu. Aku harap dia pegang pada janjinya. Aku kesian gak kat awek dia kalau dia masih teruskan hal macam tu. Setahu aku, dia memang sayang gile kat awek dia nie... tapi camner la dia leh tetap terjebak ngan kawan2 laki dia yang amik pil nie. Aku harap2 sangat yang dia akan berubah dan tak ulangi lagi perbuatan2 karut ni. Risau tau tak aku jadinya... sebagai kawan, mesti la aku sayang kawan2 aku... aku doakan semuanya akan bertambah baik satu hari nanti.

Ada lagi kisah yang aku nak ceritakan,
tapi aku perlu mengundur diri dulu sebab ada tugas yang sedang menanti. Aku nak g jumpa kawan nak wat kertas kerja Bola Jaring untuk Belia plak ni...huhuhu... konon2 bz ngan belia la plak...
Selaku timbalan Ketua Wanita untuk Belia 4B Cawangan Taman Selaseh..sukacita nya saya ingin menyeru kepada belia-belia supaya menjauhi aktiviti-aktiviti yang tidak sihat dan bebas dari dadah!!!hehehehe.... ntahpape ntah...

k la... chow dulu!!...dddddddddaaaaaaaaa

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tersentak ku sejenak....