Tersentak ku sejenak....

Tak Bisa Memiliki
Apakah yang engkau cari
Tak kau temukan di hatiku
Apakah yang engkau inginkan
Tak dapat lagi ku penuhi
Begitulah aku
Pahamilah aku

Mungkin aku tidaklah sempurna
Tetapi hatiku memilikimu sepanjang umurku
Mungkin aku tak bisa memiliki
Dirimu seumur hidupku
Tajuk blog entry aku pada pagi yg dingin nie sememangnya menggambarkan perasaan aku ketika ini... Ya, betul..sememangnya aku tersentak sejenak apabila tiba aku mendengar lagu Tak Bisa Memilik dari kumpulan Samsons nie.. Liriknya begitu menyentuh jiwa dan perasaan aku yang baru bangun dari tidur yg agak lena. Dah lama aku hanya jadikan muzik sebagai hiburan dan da lama juga muzik dan lirik-lirik lagu ini tak pernah menyentuh perasaan aku. Maklum la..lagu2 sekarang nie semua stereo type... kebanyakan mengenai lagu ketidaksetiaan,kekasih gelap,kekasih separuh masa dan sebagainya..seolah-olah menggalakkan ketidaksetiaan pada pasangan. Tapi lagu nie berjaya membuatkan aku menghayati bait2 liriknya selari dengan melodinya yg agak biasa bagi lagu dari seberang...tapi, mungkin liriknyer ada kena mengena dengan hidup aku sekarang kot...actually bukan sekarang jer...da lama aku cari perkataan untuk men'describe'kan diri aku sekaligus menerangkan pendirian aku dalam sesuatu hubungan tu. Aku adalah aku... Namun cinta itu buta..walaupun orang tu bukan seperti yang kita inginkan tetapi masih hadir rasa cinta tu yang datang ntah dari mana... tapi..harus kita ingat... sekiranya kita boleh jatuh cinta walaupun dengan melihat kekurangannya..kenapa kita nak dia berubah seperti apa yang kita inginkan sedangkan dia gembira jadi dirinya sendiri...
Erm..aku pun tak tau penerangan aku nie menyebabkan isu ini bertambah jelas atau bertambah keliru buat korang semua. Tapi, apa yang cuba aku sampaikan di sini adalah...aku harap dapat bertemu dengan seorang yang benar2 dapat menerima aku seadanya...macam tu jgk la aku...aku tak boleh la nak jadi seseorang yang bukan aku...aku tak boleh kata suka pada perkara yang aku tak suka...aku tak boleh kata benci pada perkara yang aku betul2 ingin lakukan.. Melalui pengalaman2 yg lalu, aku pernah jugak cuba jadi orang lain demi si dia, tapi tak lama...sebab aku rasa lakonan semata-mata dan hati aku memberontak untuk jadi diri aku semula..akhirnya aku rela meninggalkan atau ditinggalkan dari mengubah pendirian aku. Perkara nie memang nampak mudah apabila bercinta...tapi bila dah duduk sebumbung nanti baru tau baik-buruk perangai masing2..lagi parah!!!...tu yang ramai berkawin-cerai sekarang nie. Macam mana pantasnye perasaan sayang tu datang...macam tu jugaklah pantasnya perasaan tu pergi. Nak dapatkan cinta agak senang jika dibandingkan dengan bagaimana mahu menjaga cinta tu agar perasaan tu rasa baru je mengalaminya... tu yang susah tu dek!!!...
Tapi berbalik pada Yang Maha Esa...kalau itu memang jodoh kita...kita kena la terima seadanya. Cuba perbaiki kelemahan sendiri dahulu baru nak harapkan perubahan pasangan. Lagi2 para lelaki di luar sana.. sebagai pemimpin, anda perlu berubah dahulu sebelum mengharapkan orang berubah untuk awak... Kepimpinan melalui teladan...ni kalau cakap tak serupa bikin... perempuan akan cakap..."pirahhhhh mabuk"... bila cakap semua pakai sunnah Nabi... tapi dari segi perlakuan tak plak seperti yang diperkatakan tu. Aku bukan berkata begini disebabkan aku anti lelaki atau apa... ni secara general.. memang da hukum alam..lelaki adalah pemimpin dalam keluarga...jadi kalau pemimpin yang hampeh...anak2 buahnyer pun akan hampeh la jgk...!!! Tak kisah la kalau pembaca lelaki blog aku nie nak marah... tapi aku cuma nak ajak korang seme berpk secara positif tentang apa yang aku perkatakan di atas. Jgn salahkan anak kapal sekiranya kapten kapal salah bagi arahan.
Sebagai perempuan jugak memang la kita kena obey to our ketua...tapi kalau kita nampak ketua kita tu tak leh diikuti...kepimpinannya terkeluar dari landasan...takkan kita nak ikut je kan??.. Kalau kita plak memimpin orang kata Queen Control..
Jadi renung2kan la akan isu ini. Mungkin pendapat aku ni dari pandangan aku...sekiranya ada yang tak bersetuju, boleh la nyatakan pendapat korang plak...mungkin aku terlepas pandang dari sudut lain... biasalah.. manusia biasa..terhad pandangannya...
Sebelum aku mengundur diri..aku minta maaf sekiranya tersalah/terkasar bahasa...niat aku cuma nak berkongsi pendapat tentang cinta dan pendirian...dan sedikit pendapat tentang sikap kepimpinan kaum adam yang semakin berkurang pada masa sekarang nie.
K la..aku nak tidur da nie...sebelum tidur aku nak dengar dulu lagi tak bisa memiliki nie.. semoga tidurku dibuai mimpi yang indah
chewwwaaaahhhh...pewwwiiitttt!!!...
Selamat Malam seme!!!

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ketenangan datang menyapa...