Lenyaplah Kenangan, Hilangkan Kedukaan....

Isnin, 5 Januari 2009

Zaman dah Moden..namun ada yang msh belum berubah!

Mood aku tak berapa baik hari nie. Entah la.. dalam dunia nie, macam-macam jenis manusia ada. Ada yang suka jaga tepi kain orang, ada yang langsung tak amik tau.. tapi yg paling aku tak tahan, manusia yang rasa dirinya serba tau... Dah la tak tau cerita sebenar, pastu takde kaitan dengan hidup dia atau family dia..tapi tiba2 nak marah tak tentu pasal.. jatuhkan air muka orang lain.. padahal orang tu tak pernah buat salah kat dia pun.. dia pun tak kenal sangat orang tu, tapi senang2 jer ikut sedap mulut nak mengata. Geram betul aku orang macam nie. Bz body dan macam bagus je. Lain la kalau yg kena tu adik beradik dia ke, apa ke.. leh gak terima..tapi dia tu bukan sesiapa pun. Hanya melukut di tepi gantang.. eh.. betul ke peribahasa aku guna.. cam salah jer...hehehe... Maksud aku, dia tu hanya nak jatuhkan air muka.. da la tak minta kepastian dulu dari pihak yang terlibat, tibe2 tau nak smash orang depan orang lain, menjatuhkan air muka orang. Sampai akhirat aku tak maafkan orang macam nie. Orang yang masih bawak citer2 yang tak benar pun aku takkan maafkan. Dah lama aku mendiamkan diri. Tak pernah tampil untuk membela diri sebab aku ingat golongan yang terpelajar nie takkan berpikiran seperti ini. Terkejut aku, tak profesional langsung...

Tapi aku seperti biasa, hanya mendiamkan diri.. dan beristigfar di dalam hati semoga tuhan kuatkan hati aku, tingkatkan kesabaran dan juga tabah hadapi semua nie. Aku tau dan mengaku memang ada jgk kesalahan aku di situ, tetapi aku nie diibaratkan seperti..budak sekolah yg kantoi merokok...tapi dituduh jgk terjebak dengan dadah dan tanpa usul periksa, semua orang sekeliling menggelarkannya sebagai penagih walaupun takde apa2 bukti kesahihan yang budak tu terjebak dengan dadah. Erm..lbh kurang mcm tu la kisah aku. Apa salahnya bertanyakan kesahihannyer dahulu pada budak tu. Lagi bukti pn tak menunjukkan budak tu adalah penagih, tapi tetap dikutuk sebgai budak jahat padahal ramai lagi orang dewasa yg merokok..tak pula dikatakan jahat?.. Kalau aku, selagi takde bukti yang sah mengatakan budak tu amik dadah..aku takkan mengata.. n kalau ada bukti pun dia bersalah, aku mungkin akan marah jer.. apa hak aku menghina dan mengata dia..lagipun apa dia da buat kat aku??... lain la kalau budak tu adik aku, sedara aku... memang aku marah abis2...sebab aku kenal budak tu... nie, apa pun tak tahu..hanya dengar citer orang..tibe2 dapat hak nak jatuhkan airmuka orang..mengata sana..mengata sini...Kalau sembahyang tunggang terbalik tapi hati tetap hitam macam tu, rentikan jer la. Maksud aku bukan berenti semayang, tp rentikan la buat perbuatan yang sia2 nie.Selalunya orang2 mcm nie, akan dapat balasan jgk satu hari nanti..Dok mengata orang, buka keaiban orang lain, tup2 kena pada diri sendiri... ingat la..doa2 orang teraniaya nie cepat dimakbulkan tuhan.

Pada yang berkenaan dan yang berperangai sedemikian, rentikan la. Hormatilah sesama sendiri. Korang pun tak suka kalau dimalukan kan??... Lagi pun apa hak kita sebagai manusia untuk menghukum sesama sendiri. Hanya akan menambahkan dosa free je. Memang kadang2 kita marah bila mendengar sesuatu yang tak patut berlaku, tapi... cara dan penerimaan kita kena la betul. Kalau hukuman terletak di tangan kita.. agaknya, salah sikit, bunuh..salah sikit tembak... memang tu pun yg jadi dalam masyarakat kita sekarang ni. Tiap2 hari jumpa mayat. Mungkin benar mayat yang dijumpai tu ada wat salah ke apa... tapi, yang bunuh dia tu..patut ker??.. dapat pahala ke buat macam tu?...erm.. tak tau la kalau diaorang rasa leh top up pahala dengan cara macam tu. Wallahualam. Pendidikan dah tinggi, Lu PIKIRLAH sendiri.

Aku menulis tentang nie hari nie sebab aku dah tak tahan dengan sikap segelintir masyarakat kita yang masih tidak berubah2 pemikirannya walaupun zaman dah berubah. Masih terlbih emosional dari rasional. Kalau kita nak tau orang tu matang/bijak ataupun tidak... kita tengok cara dia menangani sesuatu isu.masalah tu. Kadang2 nampak cam bijak, top student, tapi..bila bertindak... cam hampeh.. Semua orang ada otak..tapi tak semua yang berakal!!!..

Apa yang aku tulis nie bukan hanya kerana aku mangsa keadaan seperti yang aku ceritakan, tapi aku nak luahkan ketidakpuasan hati aku tentang sikap sesetengah orang yang bertindak hanya dengan mendengar kata orang. Mulut manusia, nie bukan leh tutup.. cam kes budak td tu.. kesalahan sebenar merokok.. tapi tersebar satu kg dia tu penagih jgk.. ada yg nak tambah perisa, dia tu peragut..sebab nak duit beli dadah... padahal budak tu tak buat pun...mulut orang la katakan. Jadi sebelum kita bertindak, nilai dulu kesahihannya dan jgk... pk jgk tentang hak kita untuk bertindak...duk mengata keluarga orang...tup..tup keluarga sendiri jadi macam tu..Erm, entahla.. pandai2 la pk sendiri. Dah besar da...

K la.. aku takder apa nak tulis da.. aku cuma nak menyatakan disini..aku betul2 kecewa dan terkilan dengan keadaan ini. Sekian Wassalam.
posted by Ayushi at Isnin, Januari 05, 2009 0 comments

Khamis, 1 Januari 2009

Ceritera Sebuah Persahabatan..

Kisah Di Bulan Raya
Aku rasa macam mimpi..
Betul ke apa yang aku dengar tadi?..FUH… Nak kata mimpi, mungkin tidak sebab da 3 kali aku cubit peha kanan dan peha kiriku terasa jua…hehehe..
Ceritanya begini,
Arakian, pada suatu petang, dia telefon aku dan kata nak jumpa sangat-sangat..tapi aku kata tak boleh sebabnya aku ada open house. Dia pun tanya aku, tak ajak dia ker? A’a jugak, terlupa plak aku nak ajak mamat ni. Jadi aku pun bagitau dia memang aku nak ajak pun, baru nak hantar sms.Aku suruh dia ajak family dia sekali. Sehubungan itu aku pun menamatkan perbualan kami kerana aku kena rebus ketupat yang ibu aku suruh untuk open house esok.
Keesokan harinya, aku pun menyambut tetamu dan menjalankan tugasan aku seperti biasa dengan memberikan yang terbaik untuk tetamu-tetamu yang hadir. Tetapi kesempatan ini inginlah aku meminta maaf sekiranya aku ada terkurang layanan pada mana2 kawan2ku yang datang.. tak terhandle rasanya hari itu tapi aku rasa dah berikan yang terbaik dan jika masih ada yang terasa kurang… maafkan lah daku ye!

So,hari semakin petang,tetamu pun semakin kurang.. aku dan adik-adikku dah pun mula mengemas apa yang patut kerana open house kami akan jd close house tak lama lagi.
Tiba-tiba, dalam keriuhan kami yang sedang bekerja sambil berseloka di dapur, hp aku berbunyi..(RINGTONE NOKIA YG DEFAULTNYER TU JER)..aku pun bergegas ke atas untuk menjawab panggilan tu tapi malangnye tak sempat. Aku berasa hampa kerana rasa tidak berbaloi aku berlari menaiki tangga rumahku tetapi akhirnya Miss Call jua panggilan tersebut. Aku melihat siapa yang call tadi..Huh, mamat tu??.. Mungkin dia nak call bagitau dia tak dapat datang. Aku pun call la dia semula… Tut…tut…, tut..tut… bosan aku mendengar caller ringtonenyer yg agak biasa didengar tu..(lain kali langgan la caller ringtone lagu2 yang best..aparaa…).”Hello, Assalammualaikum.” kedengaran mamat tu menjawab. Uish, merdunya suara dia mcam suara acappan sket2. Aku pun bertanya kenapa dia call tadi and…dia cakap, “Ayus, sorry i tak dapat datang rumah you, tapi i nak jumpa you malam ni boleh?” Aku pun macam malas je sebenarnya nak keluar sebab penat kan siang tu kendalikan open house. Tapi, takpe…dia kata dia ada problem and need me to listen to his problem.. kawan punya pasal, aku pun cakap OK.. tapi lambat-lambat sket sebab aku ada open house rumah kawan aku kat PUTRAMAS. Dia kata fine with him.

Jadinye..selepas aku g lepak rumah kawan aku kat PUTRAMAS, aku pun bergegas ke kedai mamak(tempatnye dirahsiakan,takut Krew MELODI tahu)..Erm… berdebar gak aku sebab dah lama tak jumpa. Aku call dia, dia kata belum sampai..jadi aku pun pilih la tempat duduk yang privacy sket..ye la, orang nak citer problem dia kan..mestilah kena privacy sket. Mula2 macam hangin gaks kena tunggu, ye la..apa kelezz pompuan tunggu laki kan??.. Dalam setengah jam jugak la aku lepak sorang-sorang sambil berkata-kata sendiri di dalam hati…”LAGI 5 MIN MAMAT TU TAK SAMPAI” AKU CHOW”.. tapi dah berapa kali 5 min berlalu, aku tetap disitu.Apalah kan?..tu la masalah aku, cepat kesian.Hampeh tul!!!..

Setelah setengah jam berlalu, aku dapat call, dia kata 5 minit lagi dia akan sampai. Tibe-tiba aku rasa macam nak balik plak, bukan sebab merajuk dia lambat, tapi berdebar2 nak jumpa dia..tak tentu arah beb aku dibuatnyer.. ntah apa-apa ntah.. relax la kan?? Dulu aku selambe jer,takde pape pun..Bila kawan-kawan aku cakap mamat tu hensem, aku wat dek jer takde perasaan apa2 pun… ye la, mungkin masa tu aku rasa aku lebih hensem dan macho dari mamat tu.huhuhu… korang paham kan maksud aku?? kalau korang tak paham, maknanya korang kena upgrade kan RAM korang ler…Lembap betul...

Tengah aku macam cacing kepanasan tu(memang panas pun sebab aku duk kat tempat bakar roti nan,tak perasan masa duduk tadi!huhuhuh)..tibe-tibe ada suara menyapaku… “Assalammualaikum!…” mcm ku kenal suara tu tapi dimana ya… ERM.. aku pun menoleh dan of course la aku jawab soalan tu, “WAALAIKUMSALAM”.. n sampai situ je aku rasa macam nak tercekik nafas sendiri…huhuhuhu..korang mesti tau kan kenapa??..hah..pandai pun teka.. Kacaknye mamat yang berdiri di depan aku nie..aku pun cakap..”TNS ke nie?(nama penuh dirahsiakan!) ke nie?.. Dia tersenyum and nampak lesung pipitnye yang dalam tu. Seb baik aku tak terduduk(sebab aku memang ngah duduk masa tu)… dia minta maaf sebab lambat sampai.Dia kata dia dengan Family dia stay kat Genting bulan ni. Ok..mamat tu dari Genting, patut la dia pakai sweater malam tu. Dia pesan air, tiba2 dia suruh aku orderkan air favorite dia..cheh, nak test aku la tu agaknye..mcm la aku da lupe dia suke air apa.. aku pun orderkan la air TEH AIS kegemarannya.. Sama la fav dia ngan aku. Aku ingat lagi dulu-dulu, kalau aku beli air teh ais, mesti dia nak kecek akunyer air.. dia kata dia saje nak share mulut(straw) dengan aku..masa tu aku makihamun je dia..aku tau dia ske wat aku malu, tapi aku tak rasa pape pun masa tu… cuba dia wat macam tu sekarang, mesti aku da lari belakang mamak kaunter tu sebab malu!!!…Dia tersenyum lagi sebab aku masih ingat air fav dia.. huhuhuhu…dup..dap..dup..dap..jantung aku tengok senyuman dia!Tapi seperti biasa,dengan lagak macho aku, aku pun marah ar dia sebab lambat… (hehehe, nak cover la gemuruh aku)!
Masih seperti 15 tahun yang lalu, kami bergaduh-gaduh mulut, cuma dulu lagi kasar la..sekarang agak dewasa sket la caranya..! Last2 bila sampai satu point, aku tengok dia, n dia tengok aku…masing2 tergelak besar!.. Masih tak berubah cara dia gelak.Cuma aku baru rasa sekarang nie cam cute plak dia gelak macam tu, padahal da lama dia gelakmacam tu.aH… kETEPIKAN dulu perasaan wanita aku nie. Aku kena cepat2 dengar masalah dia n selesaikan dan boleh balik tdo! Tapi aku amati wajahnye yg cool tu, tak macam orang ada problem pun. Tapi aku ingat2 balik, mamat nie memang cool dari dulu. Ingat lagi masa budak-budak dulu, wallet dia kena curi pun dia relax je padahal dia tak tahu camner nak balik..duit takde..aku plak yang risau masa tu.Yelah, kalau dia takde duit, sape nak bayar makanan yang dia pesan banyak-banyak nie..aku pesan cukup2 untuk duit yang aku ada je!Last2 baru aku dapat tahu dia sebenarnya ada bodyguard yang slalu ikut dia dan dengan selamba dia suruh uncle tu tolong bayarkan dulu makanan kami hari tu. Hampeh tul, saje wat aku suspen. Pastu gelakkan aku besar-besar.Aku plak tak tau la naper, sedaya-upaya nak buat cool pun, tetap akan nampak menggelabah..lagi double hampeh!!!huhuhu..

Baiklah…enuff bout da past.. berbalik pada persoalan asal, apa problem mamat ni sebenarnya.Dia macam tahu-tahu baca muka aku yang nampak sangat tak sabar-sabar nak tahu masalah dia. Last-last, dia berkata,”I takde masalah sebenarnya cuma I betul-betul nak jumpa u.I rindu u.Setiap kali I sampai Malaysia, mesti I akan g LOT 10 tempat kita selalu lepak dulu n of course banyak kenangan kat situ dengan u. I belajar jadi ‘orang’ pun after i kenal u. Ingat tak bustop masa kita mula-mula kenal dulu?” Aku terkesima dengan penyataan dia. Biar betul mamat ni?Takkan la ramai-ramai awek dia kat Malaysia ni,aku yang dia rindu?!Unbelievable….tapi mungkin dia tak anggap pun aku nie salah sorang awek dia kot..ye la, mana taknye,dulu aku lagi macho dari dia..gile apa nak jatuh ati pada awek kacak dan macho macam aku nie dulu kan??…Aku masih dapat maintain muka selamba sambil menyedut air teh ais aku yang kedua tu. Aku pun buat-buat excited cerita tentang hal-hal lama dan kami sama-sama ketawa bila teringat pengalaman-pengalaman dan kepoyoan perangai kami dulu. Macam-macam tau kenangan aku dengan dia. Kami memang boleh dikatakan kawan baik yang sanggup berkorban demi satu sama lain. Contohnya, aku ingat lagi masa aku cakap dengan dia aku sakit pinggang… Mamat tu tersalah dengar,dia ingat aku sakit buah pinggang..dia terus bagitau bondanya yang dia sanggup dermakan buah pinggang dia kat aku. Apa lagi, marah betul bonda dia masa tu, tapi dia sanggup lari rumah and tido kat umah kawan dia. Time tengahari aku jumpa dia, dia kata dia tak kisah apa pun bonda dia kata, dia tetap nk dermakan buah pinggangnya kat aku. Aku terkejut badak..badak pun takpernah terkejut macam aku tau.. Aku pun tanya dia..bila masa plak buah pinggang i rosak? Dia marah aku, dia cakap ari tu aku cakap aku sakit buah pinggang… erm..aku yang cakap, mesti aku ingat..aku taksebut pun buah pinggang, aku cakap sakit kat pinggang. Aku pun gelak besar la…pekak badak rupanya mamat nie…hahahaha…teringat tentang tu aku rasa betul-betul terharu. Tapi pada masa yg sama rasa cam nak terguling-guling gelak pun ada gak bila ingat balik cite tu.

Kami pun berborak sampai la lewat malam. Mata aku dah berat tapi mulut masih ringan bercerita. Tengah-tengah berborak, tiba-tiba dia cakap, “ayus,hari tu z cerita macam-mcam tentang u. I’m sorry to hear about ur called-off engagement. Dah takde jodoh kan..i harap u banyak-banyak bersabar.dia yang tak layak untuk u”…. Aku sebenarnya tak suka bila orang memperkatakan tentang ‘hal’ itu tapi entah mengapa hati aku jadi tenang bila mamat tu cakap macam tu tadi. Aku terus tersenyum tapi belum sempat aku nak balas balik kata-kata beliau…heheh..dia sambung balik kata-katanya tadi..”mungkin jodoh u dengan i kot..kalau ye, alangkah bertuahnya i!”… hampir2 aku nak terjolok straw yang aku sedut tu ke Lubang idungku gara-gara terkejut mendengar kata2 TNS tadi. OMG…betul ke apa yang aku dengar tadi. Aku tak tau nak balas apa, n agak memalukan jugak masa tu sebab aku menjawab..” lapar la tiba-tiba..nak order teh ais lagi la!”..huhuhu…Malunyer aku..ntah apa2 ntah..lapar tapi nak order teh ais… memang aku nia kalau dah menggelabah tak leh cover tul.!Aku nampak dia macam nak tergelak, tapi aku cover balik bila mamak tu datang, aku pun pesan teh ais n roti canai! huhuhu…seb baik aku ni cepat berpk…hehehe… Tiba-tiba mamat tu tanya lagi “u taknak ke suami macam i nie?”… Gila betul la soalan dia.. mamat nie memang dari dulu slalu usik aku camnie…kalau dulu aku selambe je tanpa rasa malu, tapi sekarang..aduh,malu banget sih!!!Aku tak tahu nak buat apa, aku senyum n berkata “U nie tak ubah-ubah…dari dulu sampai sekarang suka usik i kan???”… Jgn harap I nak tersipu-sipu macam awek2 lain ek…tolong sket!!!”…peh..aku tak sangka aku leh cakap macam tu..tapi lega rasanya. Tapi aku heran, tiba-tiba dia tergelak besar… pehal lak mamat nie, seram gak aku…sakit mental plak ke mamat nie..ye la da lama tak jumpa macam2 bley jadi. Sekumpulan perempuan yang duduk berdekatan meja kami menoleh pandang bila mamat nie gelak besar.Mungkin kerana kekacakan muka mamat nie ataupun sebab dia gelak macam orang ilang akal…tapi dia leh wat cam dia ngan aku jer kat kedai tu.Aku tanya..u ni kenapa? dia pun jawab…”u pun tak berubah.Dari dulu setiap kali i usik u macam ni u cakap u tak malu n tak rasa pape..tapi muka u nampak sangat u malu and serba tak kena. i suka tengok muka u masa nie.cute sangat!”… cheh, sweet talker!!huhuhu…how dare u TNS!!!…tapi memang pun…kan aku dah kata, aku nak buat cool macamana pun tetap terserlah jgk menggelabah aku tu! Aku pun jwb..”u’r right!Whateva!”…tiba2 aku macam angin plak bila penyamaran aku da diketahui..o’o,kamu ketahuan…chewah..nyanyi plak aku!

Berbual punya berbual, aku pun terpaksa bagitau dia aku nak balik. yelah..aku kan cinderella,kena balik, sebelum pukul 12.. Dia pun kata “elok la tu”..dia pun kena naik genting balik. So, untuk closing… ada satu lagi perkara yang buat aku asik terpk-pk sampai saat ini…masa dia nak hantar aku ke kereta,tiba-tiba dgn muka serius, dia cakap macam nie…”ayus, ada perkara yang i nak bagitau u sebenarnya. firstly, i nak minta maaf sebab hal2 yang lepas,i terlalu ego untuk mengaku perasaan i sampai i sanggup buat u mcm tu, 2ndly,i betul-betul berharap lepas pertemuan ni akan ada lagi pertemuan-pertemuan yang akan datang sebelum i pulang ke UK.I happy sangat dapat u balik dalam hidup i.3rdly, i nak bagitau u, masa u tanya i dulu, i tak jawabn terus jauhkan diri dari u..tapi biar la i jawab sekarang.. memang masa tu i buat macam tu sebab i cemburu sangat bila u rapat dengan ’s’, walaupun i dah ada gf masa tu, tapi i tetap rasa kehilangan sejak u dah lebih rapat dengan ’s’ tu. I CEMBURU SANGAT-SANGAT! Bila i dengar cerita yang bukan-bukan tentang u n ’s’ lagi la I marah sangat-sangat sebab tu masa u datang jumpa I tanya kenapa i marah sangat dengan u, i diam n trus putuskan persahabatan kita. I dapat tahu dari kawan-kawan u cari cari I lepas tu, tapi sejak tu I nampak u je I sorok sebab i memang taknak jumpa U and sebab tu i slalu lepak kt bb.. Geng2 kita seme bagitau I yang U nampak sedih sangat sebab I buat macam tu. Last-last, sebab I, u pun tak g lagi lepak kat Lot 10. Lebih kurang 3-4 bulan lepas tu, I jumpa “s” wiv another girl.. dia nampak I n trus tarik I ketepi sekejap. I masa tu nyaris2 nak hentak dia, tapi bila dia cakap u tak bersalah i tersentak jugak, tapi i malas nak dengar masa tu.. tapi bila dia ceritakan hal yang sebenar and apa yang u dah ceritakan dia.. Seriously, i betul-betul menyesal. I cari u..baru i sedar,walaupun kita nie kawan baik, tapi tak pernah pun tanya alamat masing-masing. Telefon rumah u pun i tak simpan. Nak jadikan cerita, my dad kena transfer ke luarnegara masa tu, sedih sangat tak dapat jumpa u sebelum i tinggalkan Malaysia. I nak u tau, sebenarnya masa tu I dah jatuh cinta pada u. I tak tahu kenapa, tapi bila dah kehilangan u baru i sedar yang i betul-betul sayangkan u.Buktinya, walaupun nak dekat 15 tahun kita tak jumpa, tapi I masih ingat kat u and i pernah tulis karangan time i blajar dulu bout my first love and masa tu orang yang i describe adalah u. Mungkin sebab ego yang i tak mengaku i cemburu dan trus putuskan persahabatan kita. I menyesal sangat2!!!…
Aku macam nak nangis bile dengar dia cakap macam tu. Aku sedih jugak masa tu sebab aku betul-betul rasa kehilangan sangat masa tu..puas aku cari keliling LOT 10 tapi tak jumpa dia..last2 aku give up and trus taknak lepak LOT 10 lagi sebab sedih bile terkenangkan tempat2 kenangan kami. Kwn baik tu!!!Susah senang bersama...Lastly,sambung mamat tu lagi… Kalau boleh, izinkan i tebus kesalahan i yang lalu and kita mulakan semula persahabatan kita macam dulu. I betul-betul perlukan kawan yang macam u. I nak kenal u lebih rapat. walaupun lepas ni i kna balik Uk semula, tapi i nak persahabatan ini diteruskan. I sayang u, i tak pernah lupakan u..n kalau u sudi, i nak kenal u lebih rapat. I bukan main-main, kalau u nak kepastian, i boleh jumpa dengan ur dad minta izin untuk i berkawan dengan u… Terkesima lagi aku mendengarnya..lagi2 bila dia kata nak jumpa ayah aku…mungkin dia sedia maklum ayah aku nie seorang yg tegas…!
Aku pun sebab dah mengantuk masa tu.. angguk jer le…huhuhu…hampasgas kan aku nie??member bukan main romantik…aku wat selamber jer… aku takleh la berpk banyak je bertambah la rasa ngantuk aku nie… So, aku jez cakap,”ok..kita kawan balik. Lagipun i tak pernah buang u dalam senarai kwn2 i…malah u masih i anggap kawan baik i.sebab tu bila u cakap u ada masalah, i turun jgk jmpa u nie walaupun letih open house siang tadi tau!” Habis je aku cakap macam tu, tiba-tibe tangan dia menarik hidung ku sambil berkata “tat’s my girl!”… terkujat lagi aku dengan tindakan dia… dia sedar muka aku semacam dia minta maaf kalau tindakan dia terover… aku cakap “tau takpe..ni Malaysia la cik abang oii”.. dia pun tersengeh n cakap ‘SORRY MEM!”..erm..aku pun trus masuk keter, lagi aku layan mamat nie lagi lambat la aku balik umah. Masa kereta aku nak gerak, dia ketuk cermin pintu n aku pun turunkan la cermin tu.. dia kata aku ada hutang something dengan dia tapi dia dah halalkan. dia kata ada sumthing yang aku amik tapi tak pulangkan balik. Aku pun menggelabah la..malu beb kalau berhutang tapi tak ingat nak bayar..tak tau la orang lain, tapi aku malu…!Aku pun beriya-iya tanya apa dia.. Dia pun kata bila aku da sampai rumah dengan selamat nanti dia msg aku bgtau. Nak tak nak aku pun cepat2 la drive untuk sampai rumah.
Sampai je depan rumah, aku trus msg dia…”u, i dah sampai rumah. Cakaplah apa yang i amik dari u tapi tak pulangkan balik.kalau i ada lagi benda tu i bagi la balik”. tak beberapa lama selepas sms yg aku hantar tu, dia pun balas.. “TAK PAYAH LA U BAGI BALIK BENDA TU.. KALAU U NAK TAU…BENDA YANG U AMIK DAN SAMPAI SEKARANG U TAK PULANG2KAN TU ADALAH HATI I… YUPS,HATI I ADA KAT U DARI DULU LAGI..I NAK U SIMPAN ELOK2 HATI I TU K.U TDO LA AWAL, U PENAT KAN??GUDNITE PRINCESS.I.L.U…”

huhuhu…sweeet la tu kunun…huhuhu...pastu aku ada la balas balik msg dia, tapi tak leh la bagitau korang…FINAS tak luluskan untuk tayangan…18pl katanya… Itulah cerita aku dan sampai sekrang aku dan mamat tu masih berkawan. Doakan kebahagiaan dan persahabatan kami ye…Tapi hanya kawan.. tak lebih dari itu.. Adakalanya perkara yang lepas tak dapat dikutip semula untuk jadikan permulaan untuk hari ini.. Maksud aku, perasaan aku sama je pada dia...Walaupun dia pernah suka kat aku, tapi aku tetap anggap dia kawan baik..Memang aku pernah rasa kehilangan,tapi aku pasti khilangan tu bukan atas rasa cinta. Jiwang plak minah nie kan??..hahaha...Tu la sapal, aku nie susah sket nak jatuh cinta beb!! Aku sayang semua kawan2 aku...tapi untuk jatuh cinta, payah sket..suka dan cinta 2 perkara yang berbeza!! Pada TNS, aku harap dia dapat serahkan hatinya pada orang lain...aku tak layak untuk menerimanya!!Let's be frez forever k..it's more simple!!...
Pada mereka di luar tu..hargailah persahabatan anda…jgn terlalu mudah mendengar kata-kata orang..ramai yang lebih suka melihat kita menangis dari melihat kita gembira..itulah lumrah kehidupan… Jadi… lupakan segala sengketa, mulakan hidup yang baru dan Berjimat cermatlah bila berbelanja!!!!hehehe… da la…ngantuk nak tdo…nanti semakin mengarut drama kehidupan aku ni nanti…

nite-nite kawan2!!!!

emmmmuuuuuaaaahhhhhhhhh!!!!

Label:

posted by Ayushi at Khamis, Januari 01, 2009 2 comments

P.E.R.C.A.Y.A



Hari nie aku amat tertarik untuk membincangkan mengenai isu P.E.R.C.A.Y.A…..or kalau dalam bahase jawenyer…T.R.U.S.T…



Dalam sesuatu perhubungan tu…tak kira la apa sahaja nama perhubungan tu…hbgn kekeluargaan ke, hbgn persahabatan ker..atau pun hbgn percintaan…seme amat memerlukan kepercayaan…




Tanpa ada percaya apa saja nama perhubungan tu pasti xkan berjaya…kenapa???
erm..kita tengok dari segi hubungan kekeluargaan… kalau anak tidak percaya pada bapanya…mana nak datang rasa hormat tu??…berjaya ker hubungan anak dan bapa kalau ini berlaku??…



Hubungan antara adik beradik…sekiranya tiada percaya…apa sahaja isu yang diperkatakan oleh orang luar lebih disokong dari pendapat adik beradik sendiri kerana tidak percaya pada darah daging sendiri….hbgn sebegini juga tidak akan berjaya malah boleh memecahbelahkan kekeluargaan itu sendiri…




Kita lihat pula sekiranya tiada percaya dalam persahabatan…kalau takder percaya dalam persahabatan, bolehkah kiter nak berkongsi segala perasaan nie…berkongsi masalah dan sebagainya…walhal, itu lah yg patut ada dalam persahabatan kan???….bila tiada percaya, gurauan rakan akan dirasakan sindiran, walaupun rakan tadi ikhlas bergurau sekadar menghiburkan hati.Bila tiada percaya, rakan2 ingin menolong tapi ditolak kerana takut ada agenda yg tersembunyi di sebalik pertolongan tersebut.So, akan berjaya kah hubungan nie kalau perkara2 atas td terjadi yang tidak lain tidak bukan adalah disebabkan tiada P.E.R.C.A.Y.A…




Then, we come 2 da most exciting part…hubungan percintaan juga takkan berjaya sekiranya tiada kepercayaan kerana adakah cinta atau sayang akan timbul pada orang yang kita tak percaya…??? Kalau kita tak percaya pada pasangan masing-masing…percayakah kita apabila pasangan kita tadi mengatakan yang dia sayang pada kita???…kalau tak percaya, buat apa nak teruskan perhubungan tu??…korang bercinta kalau leh nak sampai ke jinjang pelamin kan???…kalau korang pun tak pasti dan tak percaya dia sayang kat korang…camner plak nak percaya yang dia tu leh jaga korang lepas kawin nanti???



Kadang2 lelaki suka tipu sebab alasannya nak jaga hati,tapi sebenarnya, lelaki kebanyakannya pentingkan diri kerana sebenarnya mereka tidak mahu dimarahi, dileteri apabila mereka tau mereka salah…jadi, secara tak langsung, mereka akan menipu dan penipuan ini lama-kelamaan akan menjadi habit dan akan menjadi mainan di bibir….kadang2 mereka da terbiasa sehinggakan perkara yang tak patut ditipu pun mereka akan tetap menipu….aku pun tak tau nak cakap camner….kalau dah dijadikan habit…macamana perempuan nak percaya???…kalau sekali-sekala tu masih lah leh kata nak jaga hati…tapi kalau da selalu dan tak berubah2…bley ker nak percaya lagi??? Maaf kaum lelaki di luar sana yang terasa dengan statement aku nie..tapi bila dipk kan..kaum hawa juga ramai seperti yang diperkatakan diatas.. jadi mungkin lebih tepat lagi aku jelaskan disini, bukan semua kaum adam dan bukan semua kaum hawa yang bersikap macam nie. Tapi, ini la yang terjadi dalam sesuatu perhubungan tu sekiranya menipu ini dijadikan sbgai satu habit!!..Aku cakap mcm nie pun berdasarkan pengalaman. Aku jgk pernah menipu sebab taknak di marahi, tapi apa yang terjadi, Kantoi la plak.. menyesal aku..aku rasa lebih baik aku mengaku je kesilapan tu dari awal dan minta maaf, lebih senang dari tak pasal2 aku da kurangkan kepercayaan orang kat aku! Sebab tu mau aku tegaskan disini..



"JGN JADIKAN MENIPU SEBAGAI HABIT"






Paham murid-murid semer??hehehe...sorry,terbawak2 plak cam dak2 dalam kelas aku..






Akhir kata,cube la pk… tak kira lelaki ataupun perempuan…selagi orang meletakkan kepercayaan kat kita…gunakanlah sebaik2nya…. susah bile percaya tu dah hilang…..pk - pk kan lah!!!!



Sebelum mengakhiri potpet aku nie...aku nak bagi satu contoh yang paling fofuler tentang kepercayaan nie, banduan di penjara…susah nak kembalikan kepercayaan masyarakat yang mereka tu da betul2 berubah…tapi tu semua bergantung pada usaha dan jati diri banduan tu sendiri…jgn cepat mengalah…tapi..alangkah baiknya kalau kita cegah dari merawat???



Sebelum terlambat….lebih baik korang berubah sebelum korang menyesal dikemudian hari….
so,akhir kata pk-pk kan la k….




wassalam!
posted by Ayushi at Khamis, Januari 01, 2009 0 comments