CERITA SATU PETANG...

Di sebuah spa agak lamyang sudah a tidak aku kunjungi...

Ting tong.... (bunyi loceng pintu spa)...

Setelah berkali-kali ku tekan locengnya datang la seorang amoi terkedek-kedek untuk membuka pintu..kelihatan mulutnya masih mengunyah sesuatu. Tengah makan rupanya, patutlah lambat buka pintu.

" Aiya... amoi.. lama u talak mali sini woo..masuk..masuk...!" amoi yang buka pintu tu bukan main excited nampak aku. Aku dulu selalu datang ke sini, tapi sejak sambung belajar jadi cekgu kat JB tahun 2007, trus aku tak datang da. Ye la...masa tu dapat elaun bulanan berapa je sebulan, tolak duit keter, duit makan, duit tiket balik kg n duit karaoke.. mana cukup nak g spa nie.. pas aku jadi cekgu, asik bz je memanjang... aku pun tak tau bz pasal apa.. masa aku jadi engineer dulu bz jgk,balik kul 2-3 pagi pun sempat gak g manjakan diri..skang jadi cikgu makin sibuk plak...hera jgk. Mungkin dulu aku rajin ke tempat camnie sebab ada orang yg temankan..tapi skang da takde..tu yang berat je kaki melangkah...

Tapi tibe2 hari nie hati aku tibe2 mendesak supaya aku datang ke tempat nie semula. Aku nak relax, nak tenangkan pkran...

"Amoi, membership i sudah abis tempoh kan? Macamana i mau renew i nyer membership?"

"O, boley...boley... u kasi u punyer kad i bagi kad baru"

"Lagi satu kan moi, Kad i sula hilang la. Macamana ye moi?"

"Takpe, nanti i check guna ic number i bagi u kad baru. Hari ni u nak buat treatment apa?"

Setelah meneliti pakej yang ditawarkan aku pun menjawab, "I nak pakej c la moi".

"Ok, u tunggu sikijap ar. I nak get ready the place" aku mengangguk dan membelek mejalah-majalah yang ada atas meja tempat menunggu tu. Tak lama kemudian ada seorang pekerja datang sambil membawa seteko air dan pastinya air teh cina untuk aku.

"Kak, jemput minum ya!" katanya dengan loghat Indonesia. Cantik orangnya. Kulit kuning langsat, badan ramping, dan lembut jer tutur katanya. Mungkin penangan jamu yang orang2 indon selalu amalkan. Kagum aku sejenak.Tapi aku tak la usha lebih2..t ingat aku nie "lesbo" la plak.huhuhu...

Setelah menunggu selama 5 minit, aku dipanggil masuk kedalam sebuah bilik. Masuk je bilik tu hidungku cepat menangkap bau-bauan aromaterapi... memang menenangkan. Aku diberi sepasang baju khas untuk pengunjung semasa membuat rawatan.

Lebih kurang sejam lebih jugak la aku buat rawatan kat sana. Tapi aku nak berkongsi perbualan yang menarik antara aku dengan amoi tu.Masa nie dia tengah urut aku. Walaupun masa tu aku rasa agak terganggu dengan soalan2 dia yang macam Michelle dalam rancangan Melodi tu.. tapi bile aku terkenang balik perbualan tu aku rasa nak tergelak pun ada..perbualannya begini...

" Amoi, i tengok ar u manyak kurus la sekarang. U susah ati ka moi?"

Aku yang tengah menikmati urutan rasa agak terganggu dengan pertanyaan amoi yang satu ni. Macam nak zip je mulut dia...

" Ish, ye ke moi? Mana ada i susah ati. I banyak kerja la skarang. Makan pun tak de masa.Itu pasal la i nampak kurus sket"

"Tapi, u punya muka pun nampak manyak unhappy ma.. Dulu u punye muka manyak senyum.Tapi sekarang dahi u ar, i tengok berkedut2 mcam manyak pk woo!"

" Bukan berkedut la moi.. berkerut!" geli gak ati aku dengar kesalahan tatabahasa amoi nie tapi lantakla..dia nak cakap melayu pun da kira ok...


"I manyak kerja. Itu pasal la I datang sini mau relaxing and release tension."

" Erm, amoi. i mau tanya satu soalan. I ingat dulu u slalu bawa sorang boy yang putih-putih macam chinese tu. Mana dia sekarang?"

Tersentak aku dengar soalan amoi ni. Aku ingat orang melayu je yang Bzbody, tapi ada gak amoi yang ske tanya2 cam nie. Aduh..aku datang nak lupakan seme yg sedih2.. nie teringat balik plak da.Hampeh Tul...Aku pun jawab...

"O, that guy ada lagi. Tapi hari ni dia bz la. Tak boleh datang temankan i"

"wah, bagus la u moi. Banyak lama wo u olang bercinta. Bila mau kawin?"

Aduh, ingatkan da stop da pertanyaan dia bile aku cakap macam tu..upenyer ada lagi...aaaaaarrrggggggggghhhhhhhh....nanti ada yang kena blasah ngan aku nie nanti...

"Kawin apa lagi moi?I da kawin pun dengan tat guy.He's my hubby now!"

"Ya ka?" terkejut lak amoi nie bila aku bagitau. Hah, rasakan kena tipu ngan aku.Sape suwoh tanya lebih2...

" I manyak suka la u dengan itu boy. Dia manyak ensem, u pun manyak cantik," (dalam hati aku menyambung ayat dia,"n u pun manyak cakap...bikin wa tensen!!)

"Tq Moi..."aku jawab malas

Mungkin berpuas ati dengan jawapan aku dia pun teruskan mengurut tanpa ada soalan lagi. Sambil mendengar lagu2 yang sayup2 kedengaran di dalam bilik tu, aku pun terlelap sebentar. Sedar2 jer da dekat 2 Jam aku kat sini. Masa pekerja indonesia tu kejutkan aku, aku macam taknak bangun jer. Bestnyer dapat tido dalam keadaan mcm tu. Tenang je...

Selepas mandi dan bertukar semula kepada pakaianku aku pun ke kaunter untuk membuat pembayaran. Sekali lagi aku dihidangkan dengan teh cina yang teramatlah sedap. Sebelum pulang Amoi tu sempat berbisik pada aku:

"Amoi, u jaga baik2 u punya hubby. Hari tu i ada nampak u punya hubby jalan dengan pelempuan lain lor.. Tak cantik pun itu girl, u lagi cantik. Tapi u kena tengok2 ur hubby tau!"

Terkejut cipan aku dengar kata-kata amoi tu. Patutla dia tanya aku macam-macam, rupanya di mungkin nampak H ngan his new gurl. Kesian amoi tu. Rasa bersalah plak aku tipu dia yang aku da kawin ngan H.

Tapi bagus jugak amoi tu. Dia prihatin dengan customer dia.Muka dia masa bagitau aku perkara tu memang nampak risau betul. Hehehe..

Macam tu la cerita aku pada satu petang...

Skarang badan aku pun da rasa selesa dan segar semula. Pkran pun dah tenang dan leh la aku mulakan kerja seperti biasa.

Masa menulis blog nie, tibe2 ingatanku kepada si H. Bahagiakah dia sekarang? Harap-harap macam tu la. Tipu kalau aku cakap aku tak rasa sayu bile teringatkan dia. 7 tahun beb kami bersama, tapi takpe..kami berpisah pun secara aman...aku rasa aku memang patut mengundur diri ikut situasi masa tu. Kalau ikutkan ati lantakla apa nak jadi pun..dia pun pernah cakap kat aku "takpe la, kita kawin jer la"... tapi da jadi camtu..dia kena la bertanggungjawab. Erm, harap2 berbaloi la pengorbanan aku. Tapi memang susah nak cari orang yg paham aku mcam dia paham aku! Dia memang kawan baik aku...

Ok la... nanti melalut2 plak aku cerita. Dah la hari hujan nie... nanti aku sedih balik plak. HUHUHUHU... aku rasa aku patut balik umah dan tido... esok nak kejer plak... Semoga hari-hari aku seterusnya diberkati-NYA. Amin..

Sekian, Wassalam...

Ulasan

  1. buat rilekkkkk jeeeeeeee. bende yang lepas boleh di ingati, just take it as sweetest memory then as long as it will not effect ur life.

    BalasPadam
  2. yups..actually i'm happy wiv my life now..cume kekadang jer bile kenangan tu datang..rasa cam rindu plak.. rasa sakit KEHILANGAN tu dah hilang da...hehehe...
    thanks for the comment MR K!

    BalasPadam
  3. bila baca balik coretan aku yang nie.. tak sangka penipuan aku kat amoi tu da jadi kenyataan.. Tu la yang dikatakan jodoh, walaupun kami da berpisah tapi jodoh kami kuat dan alhamdulillah, H da betul2 jadi suami aku pada 7 NOV 2009. Nanti ada masa lapang aku ingat nak g lagi SPA tu dengan H. hehehe...kali nie tak tipu punyer ar moii!!!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ketenangan datang menyapa...

Tersentak ku sejenak....