Menjelang Tahun Baru...
Tahun 2009 bakal menjelang hanya beberapa jam sahaja dari sekarang.Tiba-tiba, jantung aku nie berdegup dengan kencang.Adakah sesuatu yang belum aku tunaikan sebelum tahun baru ini? Puas aku pk dari tadi, tapi tak ada satu pun yang terlintas di fikiran. Mungkin aku takut untuk meninggalkan segala kenangan aku di tahun 2008 ini. Imbas kembali, pada tahun ini adalah tahun yang penuh dugaan buat diri aku. Tak payah la aku nak cerita apa jenis dugaannya..kerana setiap yang datang padaku berjaya ku tepis hanya dengan bilang "cobaan" bak pendekar bujang lapok!!..hehehe... Gurau jer, aku tak la sekental itu. Dah banyak juga air mata yang aku keluarkan untuk semua yang berlaku namun semuanya hanya menjadikan aku lebih matang, lebih tabah dan mengajar aku untuk melihat dunia dari semua sudut. Selama ini aku hanya melihat dari sesetengah sudut dan pemikiran aku hanya bertumpu pada perkara yang aku nak pk kan sahaja. Walhal, bila berbuat demikian, aku hanya memikirkan tentang perasaan aku, kepentingan aku... tetapi setelah aku lalui semua yang aku sendiri tak sangka akan terjadi pada diri aku nie..baru la aku sedar, perkara yang aku sangkakan mudah sebenarnya tak semudah yang disangka. Manusia tidak terlepas dari membuat kesilapan. Aku juga manusia biasa. Namun, menyedari kesilapan diri adalah penting...apa yang aku belajar tahun ni, bila kita asik cari salah orang... kita takkan menolong diri sendiri untuk maju.. tetapi sekiranya, kita mencari keslhn kita dahulu sebelum menuding jari pada orang lain dan cepat2 membaiki kesilapan atau kelemahan tersebut, nescaya..we'll be a better person in a future.
Saudara dan saudari..
Pengalaman mematangkan kita. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Seseorang pernah berkata kepada aku.."Kalau hari ni kau berasa sangat sedih, percayalah, dengan Izin-Nya, satu hari nanti kau pasti akn rasa sangat2 bahagia." Yups, betul kata sahabat aku tu.Tuhan Maha Adil. Masa aku bersedih, aku rasa macam tiada hari esok dah bagi aku,aku rasa macam aku la yang paling malang kat dunia nie..n seriously, aku sangka yang aku akan kekal sedih begitu selama2nya... Tapi, sekarang, aku tak sangka masa telah merawat segalanya. Dan boleh dikatakan aku happy ngan hidup aku sekarang. Setelah aku belajar untuk memaafkan orang..dan seterusnya melupakan apa yang orang buat kat kite.. lebih senang untuk aku move on dengan hidup aku. Selagi aku berdendam, selagi tu aku akn berada dalam lingkaran kesedihan. Bahagiakah kita untuk lihat orang yang kita sayang terluka? Walaupun dia da melukakan hati kita??.. So, moral of the story.. jgn simpan dendam..dendam tu akan memakan diri kita sendiri..percaya la wahai kawan2ku...hehehe..aku bercakap melalui pengalaman beb! K la.. Mungkin da banyak yang aku coretkan.
Sebelum mengakhiri coretan pertamaku ini.. aku nak ucapkan Selamat Tahun Baru pada semua! Semoga Tahun Baru ini menjanjikan sesuatu yang baru untuk diri anda semua. Itulah kehidupan, pasti ada pasang surutnya. Jadi, bersedia lebih awal dengan dugaan-Nya..Ingin sekali lagi aku ulangi...
"SETIAP YANG BERLAKU PASTI ADA HIKMAHNYA..INSYAALLAH!... "
Sekian, Wassalam.
p/s: Pada MH.. aku dah pun memaafkan semua kesalahan kau.. aku harap kau pun maafkan aku ye..semoga kau berbahagia disampingnya.Amin...
skang MH da pun selamat jadi Suami aku. Tuhan dah takdirkan jodoh aku dengan dia. Setahun berpisah banyak mengajar kami lebih menghargai antara satu sama lain. Alhamdulillah akhirnya kami disatukan,INSYAALLAH bahagia bersama ke akhir hayat.Amin
BalasPadam